Kamis, 13 Maret 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » Mukhriz Umum Tanding Naib Presiden UMNO Jumaat

Mukhriz Umum Tanding Naib Presiden UMNO Jumaat


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dijangka bertanding jawatan Naib Presiden bagi pemilihan UMNO yang akan datang, menjadikan penyertaan beliau sebagai pertandingan enam penjuru.

Beliau dijangka akan membuat pengumuman berkenaan perkara tersebut Jumaat ini apabila datang ke Kuala Lumpur untuk mendaftarkan nama untuk jawatan tersebut sebelum tarikh tamat pendaftaran pada hari Ahad, 21 September.

Ini adalah pendapat daripada beberapa rakan yang rapat bersama Mukhriz yang telah membincangkan perkara ini bersama beliau walaupun anak kepada mantan Perdana Menteri itu tidak menyatakan perkara tersebut secara jelas.

“Beliau memberi respon terhadap perkara ini atas keinginan akar umbi yang akan membentuk sejumlah 150,000 pengundi dan pada masa yang sama, beliau rasakan bahawa parti ini perlu menguatkan perpaduan bagi menghadapi cabaran akan datang.

“Bagaimanapun, beliau berpendapat bahawa pemilihan untuk jawatan naib presiden dan Majlis Tertinggi tidak akan memudaratkan perpaduan parti kerana memberi jawatan kepada muka-muka baru adalah sesuatu yang baik untuk ahli parti bagi menguatkan serta membantu presiden parti untuk mengharungi cabaran akan datang.

“Dalam perbincangan tersebut, kami rasakan bahawa beliau pasti akan bertanding untuk jawatan tersebut,” kata salah seorang daripada rakan rapat Mukhriz.

Dengan penyertaan Mukhriz bagi pemilihan jawatan Naib Presiden UMNO, penyandang jawatan termasuk Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal pasti akan menghadapi saingan sengit.

Mereka bertiga mungkin tidak rasakan bahawa Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam sebagai pesaing besar. Namun Mukhriz mungkin akan mengubah segalanya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar